Wednesday, October 21, 2009

Tuesday, October 20, 2009

Wedding Photography - MOHD FARIZ & NOOR AZLINDA (DEWAN PKPS SELANGOR)



Wedding Photography - LINDA & FARIZ (PINGGIRAN USJ SELANGOR)



Wedding Photography - ANAS AS-SAID & MASNIZA (PUSAT KOMUNITI BUKIT DAMANSARA)


Wedding Photography - AMIR & SITI ( BANDA BARU UDA, JOHOR BHARU )




Wedding Photography - Johor & Kelab Selangor




Wedding Photography - BANGI SELANGOR


Wedding Photography - NURMALIZA & MOHD BAKTI (PEKAN, PAHANG)


Wedding Photography - Mukhriz & Aummil (Kelantan)

Modeling Photography by Apple Ace Crew

























































































































































































Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda...?

Untuk Apakah Anda Membayar Jurugambar Anda...?

Apabila anda mengupah seorang jurugambar untuk merakamkan gambar majlis perkahwinan anda, beliau akan mengenakan sejumlah harga tertentu bagi perkhidmatannya. Sekiranya anda tidak memahami akan proses yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, anda tentu akan menganggap harga yang dikenakan adalah tidak setimpal. Berikut saya senaraikan 5 kos utama yang sebenarnya terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan:

1) Kos Peralatan Kamera
Untuk menghasilkan gambar perkahwinan yang baik memerlukan kamera yang berkualiti. Satu set kamera digital yang baik berharga dalam lingkungan RM 10,000. Selain dari kos pembelian, kos pemeliharaan juga diambil kira. Set kamera ini perlu dinaiktaraf, diservis dan diperbaiki jika berlaku kerosakan. Peralatan digital mengalami susut nilai yang lebih cepat berbanding peralatan kamera analog. Dengan mengambil kira semua kos inilah jurugambar mengenakan harga tertentu untuk perkhidmatan mereka. Ini bermakna, selain mengupah jurugambar, anda juga sebenarnya membayar kos ‘sewa’ peralatan mereka.

2) Kemahiran Jurugambar
Untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, seseorang itu perlulah mempunyai kemahiran fotografi yang tinggi. Selain dari itu, jurugambar juga perlu mempunyai kemahiran lain seperti kreativiti, pandai berkomunikasi, mempunyai citarasa yang tinggi dan kemahiran lain. Kemahiran ini hanya dapat dikuasai dengan pengetahuan, latihan dan pengalaman. Ini bermakna, semakin tinggi kemahiran seseorang jurugambar itu, semakin tinggi pula harga yang akan dikenakan untuk perkhidmatannya.

3) Masa Perkhidmatan
Jurugambar adalah seorang profesional. Ini bermakna, beliau hanya akan mendapat bayaran dari kerja perkhidmatan yang dilakukan. Seseorang jurugambar cuma boleh merakam gambar untuk satu majlis sahaja pada sesuatu masa. Ini bermaksud, masa adalah satu faktor yang amat bernilai kepada seseorang jurugambar. Dengan itu, jurugambar mengenakan harga untuk perkhidmatannya berdasarkan berapa lama masa yang perlu diambil untuk sesuatu tugasan.

4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Setelah jurugambar selesai merakam gambar untuk majlis perkahwinan anda, tugas beliau sebenarnya tidak habis di situ sahaja. Beliau perlu menyunting kesemua gambar yang telah dirakam dengan memilih gambar yang terbaik sahaja. Sekiranya perlu, gambar yang terpilih akan diperbaiki lagi dari segi kecerahan, kontras, warna, ketajaman, komposisi dan sebagainya. Seterusnya, barulah gambar anda tadi akan dicetak. Selepas cetakan gambar siap, jurugambar akan meneliti kembali kualiti cetakan gambar. Gambar yang tidak sempurna akan dicetak kembali agar mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Akhir sekali, kesemua gambar-gambar tersebut akan disusun ke dalam album sebelum diserahkan kepada pelanggan.

5) Kos material
Selain dari kos perkhidmatan yang disebutkan di atas, kos material juga terlibat dalam menentukan harga perkhidmatan seseorang jurugambar. Antara kos material yang terlibat ialah kos pengangkutan, cetakan gambar, album, bil telefon, kos promosi serta lain-lain kos peniagaan.

Dengan mengetahui kos sebenar yang terlibat dalam menghasilkan gambar perkahwinan, diharap anda akan lebih menghargai peranan seorang jurugambar walaupun anda terpaksa mengeluarkan sejumlah wang untuk membayar perkhidmatannya. Walau apa pun, sememangnya berbaloi untuk membelanjakan wang kepada sesuatu yang boleh anda tatap sehingga ke akhir hayat. Tambahan pula, ianya adalah gambar hari yang paling bahagia dalam hidup anda.

sumber: majalah Pesona Pengantin
Hasnuddin Abu Samah, Pengarah Urusan, Adan Impresif.

Friday, February 13, 2009

History Apple Ace Photo & Design

Apple Ace merupakan sebuah syarikat perkongsian antara Encik Mohd Nizam Rosli dan Encik Anas As-Said Zaharuddin. Di tubuhkan secara tidak rasmi dan mula beroperasi pada tahun 2008, dan di daftarkan pada February 2009, di atas nama Apple Ace. Syarikat Apple Ace merupakan sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan photography dan grafik design pada asasnya. Bermula di Shah Alam ketika masih berstatus siswa di sebuah kolej universiti, En Nizam Rosli dan En Anas As-Said Zaharuddin mempunyai latar belakang yang berbeza dalam bidang tersendiri. Berkelulusan Diploma dan Ijazah sarjana muda masing-masing memegang sijil IT dan Graphic Design.

Bermula dari kelas photography dan graphic ketika menuntut kini ia menjadi kerjaya kepada kedua-dua pengusaha syarikat Apple Ace Enterprise. Bermula dengan beroperasi di sebuah lg syarikat sebagai photographer junior dan pembantu photographer kini kedua-dua mereka mengorak langkah membina syarikat sendiri. Alhamdulillah berkat ilmu yang di pelajari dari institusi pengajian, rakan-rakan serta usaha sendiri kini semuanya telah membuahkan hasil.

Selama setahun jaguh ini Apple Ace sudah pun berjaya menjalankan beberapa sesi photography bagi client-client mereka. Diantara perkhidmatannya ada lah:-

  1. Wedding / Pre Wedding Photography
  2. Annual Dinner Photography
  3. Fashion Show Photography
  4. Family Day Photography
  5. Birthday & Family Photography
Di sini Apple Ace ingin mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada client-client yang pernah mengambil kami sebagai jurufoto mereka dan mengharapkan mereka berpuas hati dengan hasil karya kami di Apple Ace.